LAWAT EFASHA E-BEAUTY DI FACEBOOK

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Tuesday, July 23, 2013

FADHILAT SURAH AL-QADR






Surah Al-Qadr (سورة القدر) adalah surah ke-97 dalam Al Quran yang terdiri atas 5 ayat, Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surah ini mempunyai banyak kelebihan dan menjelaskan mengenai suatu malam di mana kitab suci al-Quran diturunkan dari langit ke dunia iaitu malam LAILATUL QADAR. Ibadat yang dikerjakan pada malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain

FADILAT SURAH AL QADR


1. Mereka yang mengamalkan membacanya hingga menjadi wirid akan dipandang hebat dan mulia.


2. Mereka yang mengamalkan membacanya seberapa banyak, insyaAllah akan terhindar dari kefakiran.

3. Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah, bacalah 141 kali dan berdoa, insyaAllah akan terkabul. Suatu ketika Al-Faqih al-Imam al-Walily al-Kabir Ahmad Ibn Ujail didatangi seorang fakir. Disampaikannya kisah kefakirannya itu kepada al-Faqih, lalu beliau diperintahkan membaca sebanyak mungkin surah al-Qadr dan selesai membacanya, digalakkan berdoa yang membawa erti:
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Rasulullah, keluarga, para sahabatnya sekalian. Ya Allah, wahai Dia yang memadai daripada sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seorang pun yang tidak memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya. Wahai yang Esa,tiada bandingannya, putuslah harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melahirkan kepada-Mu dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku (7 kali)" kemudian pohonlah keperluan atau hajat kita.

4. Baca surah ini semasa keluar dari rumah, insyaAllah akan pulang dengan selamat. Baca ketika menaiki kenderaan, ia akan berada dalam keselamatan ketika di atasnya dan ketika turun daripadanya.

5. Mereka yang membaca surah ini 10 kali, maka akan terhapuslah 1000 dosanya.

6. Ambil tanah kubur dengan tangan sendiri lalu dibacakan Surah Al-Qadr 7 kali dan tanah itu diletakkan berserta jenazah ketika ditanam, maka jenazah tersebut tidak disiksa dalam kuburnya.

7. Khasiat Surah Al-Qadr yang sudah pernah diuji adalah: Keterangan Imam At-Tarmimi “Barangsiapa yang berwirid Surah Al Qadr, maka menjadi lembut hatinya, dan menjadi khusyuk terhadap Tuhannya, dengan jalan bertekun melakukan taat kepadaNYA.

8. Apabila bertepatan dengan turunnya hujan, baca 100 kali, lalu doa dengan suatu yang baik berkenaan urusan dunia mahupun akhirat, maka akan dikabulkan doanya dengan segera.

9. Mengaji surah Al-Qadr, nescaya dianugerahi Allah SWT pahala orang yang puasa Ramadan.

10.Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan surah ini dimudahkan baginya untuk menunaikan solat Tahajjud dan sentiasa mendapat kejayaan dalam setiap pekerjaan.

11.Barangsiapa membaca surah Al Qadr ketika sembahyang fardhu, nescaya datang kepadanya satu seruan sambil berkata: “Wahai sipolan, sesungguhnya Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa yang telah kamu lakukan dan sekarang binalah amalan engkau”.

12.Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Qadr 1 kali selepas berwuduk, Allah SWT memberi pahala untuknya seperti beribadah selama 50 tahun. Sekiranya ia membaca 2 kali, pahalanya ialah seperti pahala yang diberi kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s. Sekiranya ia membaca 3 kali, ganjarannya ialah dibuka semua pintu-pintu syurga dan boleh memilih pintu yang mana ia ingin masuk dengan tanpa dihisab dan diazab.

13.Barangsiapa membaca surah Al Qadr pada ubun-ubun anaknya atau isterinya sambil memegang dengan tangannya sekali, Allah SWT menjadikan anak dan isterinya melakukan perkara-perkara yang ia sukai.

14.Baca surah Al Fatihah, surah Al Ikhlas, Ayat Kursi dan surah AlQadr mengadap Kiblat, kemudian berdoa sambil memohon apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan dengan izin Allah SWT.

15.Barangsiapa membaca surah Al Qadr dan surah Al Ikhlas pada telinga kanak-kanak yang baru lahir, selama umurnya terhindar dari zina dengan izin Allah SWT.

16. Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) dan surah Al-Ikhlas (10 kali) pada air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka ia selalu berada dalam penghidupan yang lapang ketika masih dipakainya pakaian itu.

17. Sesiapa membaca surah al-Qadr (tiga kali) sehabis sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum berganjak lalu berdoa maka dibangun antara dia dan iblis sebuah benteng seperti benteng pembendung Yajuj dan Majuj. Demikian dalam ad-Durri an-Nazhim.

18. Barangsiapa membaca surah Al-Fatihah (tujuh kali), surah Muawwidzatain (tujuh kali), surah Al-Ikhlas (tujuh kali) ayat Kursi (tujuh kali) dan surah al-Qadr (tujuh kali) lalu mengadap kiblat dan memohon kepada Allah apa yang diperlukannya, maka Allah mengabulkan doanya, Insya-Allah.


19. Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar, pahalanya sama dengan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam Al-Qadar.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/613).

20. Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba yang membaca surah Al-Qadar tujuh kali sesudah solat Subuh, kecuali para malaikat berselawat kepadanya 70 selawat dan mencurahkan rahmat kepadanya 70 rahmat.”(Mafatihul Jinan 79).

21. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar dalam shalat-shalat fardhunya, malaikat memanggilnya: Wahai hamba Allah, Allah telah mengampuni dosamu yang lalu, maka mulailah amalmu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/612).

22.Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menasehati para sahabat dan pengikutnya: “Sesiapa yang sakit, hendaknya ia mengambil bekas air yang baru, kemudian diisi air oleh dirinya sendiri, lalu membacakan pada air itu surah Al-Qadar secara tartil (tertib) sebanyak (30 kali), kemudian air itu diminum, dibuat wudhu’ dan diusapkan pada bagian yang sakit, jika airnya kurang bisa ditambahkan. Jika hal itu dilakukan, insya Allah dalam waktu tiga hari Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.”  (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).


Dibaca Sekali
Ø  Selepas setiap solat fardhu akan dijauhkan dari kebimbangan dan kesedihan, diwariskan keberkatan pada rumah tersebut.
Ø  Siapa yang menulis pada suatu bekas dan dipadam dengan air kemudian diberi minum kepada anaknya nescaya tidak akan Fasiq.


Dibaca Tujuh Kali
Ø  Selepas Isya’ yang hampir dengan subuh, terpelihara dari bala’ yang akan turun[1], dan akan meminta ampun kepada Allah oleh Malaikat kepada pembaca.
Ø  Siapa yang membaca terhadap apa yang dihajati (diingini) akan dikembalikan dalam keadaan gembira.
Ø  Siapa yang membaca untuk sesuatu hajat akan ditunaikannya.
Ø  Ketika belayar tidak akan ditenggelamkan, terjatuh kedalam air.
Ø  Begitu juga kepada pengguna kenderaan, sekiranya dibaca tidak akan jatuh atau terkeluar darinya.
Ø  Siapa yang dahaga dan membaca surah ini nescaya akan diberi oleh Allah tanpa terhitung banyaknya.


Dibaca Sepuluh Kali
Ø  Siapa yang membaca ketika hendak bermusafir akan dikembalikan kepada keluarganya dengan selamat.

Dibaca Sebelas Kali
Ø  Dibaca ketika hendak tidur, diminta ampun bagi pembacanya oleh tujuh puluh ribu orang Malaikat sampai subuh.


  Dibaca Dua Puluh Satu Kali
Ø  Siapa yang membaca ketika pagi dan petang sebanyak Dua Puluh Satu Kali akan melihat Nabi S.A.W..
Ø  Jika dibaca selepas solat Jumaat akan dijelaskan hutang piutangnya tanpa terhitung.
Ø  Jika dibaca kepada orang yang sakit tenat tidak akan dimatikan sebelum dia diperlihatkan tempatnya didalam syurga.
Ø  Jika dibaca kepada telinga Hamba dan binatang ternakan akan dipelihara oleh Allah.


Dibaca Tiga Puluh Enam Kali
Ø  Pada air kemudian direnjiskan kepada pakaian baru, nescaya akan diluaskan rezekinya selama mana digunakan.



5 comments:

  1. salam... kebanyakan fadilat yang di paparkan di atas tidak bersandarkan mana mana hadis sahih, malah ada yang dianggap palsu oleh ulama, kalau tak pasti, jangan share, rujuk dulu pada yg lebih arif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju telah diterangkn olih Mufti Wilayah

      Delete
    2. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3137-benarkah-fadhilat-membaca-surah-al-qadr-sebegitu&ved=2ahUKEwij9uLk58_yAhU_7XMBHVhvANYQFnoECCcQAQ&usg=AOvVaw21FFQLbi6m5mwmDIZaXRB4

      Delete
    3. Bagus sebagai pengetahuan berguna, utk lebih sahih lagi kita akan buat kajian lanjut merujuk kitab2 ulamak terdahulu dan nas yg benar. Terima Kasih

      Delete
  2. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3137-benarkah-fadhilat-membaca-surah-al-qadr-sebegitu

    ReplyDelete