Memiliki wajah yang "flawless" memang menjadi idaman setiap orang terutama sekali golongan wanita.
Lambakan produk kecantikan pada masa ini sudah tentunya menjadi tumpuan setiap wanita dalam usaha menjaga kecantikan wajah. Dalam mencuba pelbagai produk, jom kita amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan hasil secara semulajadi! =)
TIPS MENDAPATKAN WAJAH FLAWLESS!
1. Ambil tepung pulut dan campurkan
sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun
pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah
digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum
dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama
sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap
yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau
yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit.
Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
5. Ambil sedikit beras dan rendam selama
dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah
direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA!!! =)
No comments:
Post a Comment