LAWAT EFASHA E-BEAUTY DI FACEBOOK

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Sunday, April 7, 2013

18 PETUA HILANGKAN RASA SAKIT KEPALA TANPA PANADOL!!!!





Pastinya setiap orang merasai  sakit kepala. Sama ada berpunca disebabkan demam, cuaca yang berubah-ubah, migrain, stress 'datang bulan' dan sebagainya. Untuk mengubati rasa sakit kepala yang semakin lama semakin berdenyut-denyut, ramai dalam kalangan kita yang terus mengambil panadol untuk mengubatinya. Tahukah anda, pengambilan panadol yang kerap adalah sangat bahaya untuk tubuh badan?? Sayangi lah tubuh badan anda. :)
Kat sini fasha nak share beberapa petua yang boleh diamalkan untuk meredaka sakit kepala TANPA PANADOL.

ANTARA PETUA :

1. Campurkan MINUMAN ISOTONIK dengan AIR PUTIH pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


2. RENDAMKAN KAKI ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan membuatkan tekanan darah turun dari kepala anda.



3. Ambil SEBIJI EPAL HIJAU dan di belah dua, dan ambil 2 gelas air. Rebuskan buah epal tersebut sehingga jadi tinggal 1 gelas air sahaja. Minum air rebusan epal hijau itu begitu aje, tak payah tambah gula. 



4. DUDUK TEGAK boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa peniing. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.



5. TIDUR  boleh membantu meredakan pening atau sakit kepala, namun hanya dengan tidur yang berkualiti dan sesuai waktunya, 8 jam per hari. Jika anda tidur sekejap bangun dan tidur balik pastu bangun semula, maka keadaan sakit boleh menjadi lebih parah lagi.

6. Lepas ikatan di kepala bila anda memakai ikat kepala, atau sanggul rambut. Ikatan yang terlalu rapat boleh membuat kulit kepala menegang. Peredaran darah yang terganggu akibat ikat kepala pun boleh mencetuskan pening kepala.


7. Makan makanan pedas boleh membantu penyembuhan pening atau sakit kepala yang anda alami. Bila terasa sakit cari semangkuk tomyam pedas pasti sakit anda kembali pulih




8. Perahkan LIMAU KASTURI rata-rata di kepala, kemudian ramas rambut perlahan-lahan dan picit-picit kepala untuk membuatkan aliran darah berjalan dengan baik. Kulit limau yang diperah kemudian dimasukkan ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut di atas kepala dan badan.



9. Hiris nipis-nipis BAWANG PUTIH. Kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

10. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh. Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.




11. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata. Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

12. Spa/ Stim/ Mandi air panas. Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.


13. Picit/ Urutan kepala. Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.


14. Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan. Lumurkan keseluruh kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering. Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.



16. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam


17. Daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.


18. Amalkan surah-surah ini =)
  • Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
  • Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
  • Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
  • Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
  • Baca Surah An-Nas (1kali) 
  • Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
  • Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

**NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.


SELAMAT BERAMAL!!!!

21 comments:

  1. Thnkns ya berguna infonya ..nk tnya air isotonik itu nk yg ad karbonat ke x ..nk kn amal brpa kli sehari ye..100 plus bleh kn

    ReplyDelete
  2. Thnkns ya berguna infonya ..nk tnya air isotonik itu nk yg ad karbonat ke x ..nk kn amal brpa kli sehari ye..100 plus bleh kn

    ReplyDelete
  3. tqs for the info... izin salin n copy yer...

    ReplyDelete
  4. Yow... thanks.... :) ^_^

    ReplyDelete
  5. Welcome.. yowwwww....

    ReplyDelete
  6. Trimas je lh sya x nk punnnn...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Salam perkenalan dari saya..
    Terima kasih atas info yang berguna ini..insyaAllah akan dipanjangkan petua ini..
    Jemputlah datang singgah ke blog saya ye..
    Insya Allah ada perkongsian yang bermanfaat juga..
    Terima kasih... :D

    ReplyDelete
  8. Sate dh cuba beberapa peruse nie...tpi...rase sakit kpla tu smkin beransur ansur pulih...SYUKUR ALHAMDULLILAH..thanks for who is share this blog..
    THANK YOU VERY MUCH...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt
    salam perkenalan daripada saya
    info yang amat berguna..menggunakan bawang putih dengan meletakkan di dahi..memang tak pernah buat..selalu kalu ada masalah gatal2 boleh letak bawang putih.
    thanks dengan info sis nie ya..

    oya saya menjemput sesiapa shaja untuk singgah ke blog saya pula..
    silakan ya

    ReplyDelete
  10. sori xbrminat ponng ngan barang awak...org mintak petua da....bkn petua kuar duit....puii..

    ReplyDelete

  11. Artikel yang menarik mengenai kaedah-kaedah merawat sakit kepala seperti migrain tanpa menggunakan sebarang ubat. Kebanyakan kes migrain memerlukan pesakit mendapatkan khidmat doktor untuk melegakan sakit kepala. Walau bagaimanapun, penyakit migrain boleh dicegah sekiranya kita menjaga kesihatan kita dengan betul seperti mendapat rehat yang cukup, mengamalkan senaman rutin dan menjaga diet kita.

    ReplyDelete
  12. Tq for sharing..xsangka petua mak ita pun ad..bagus kn org dulu..kadang2 xpercaya jgk.hehe

    ReplyDelete
  13. perkongsian yang sangat bagus dan menarik :)

    ReplyDelete
  14. boleh cuba cara aromaterapi semulajadi. Focussia http://on.fb.me/1Q69ZQd

    ReplyDelete
  15. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan tiga kaedah untuk masalah sakit kepala yang merupakan gabungan ubat herba , urut dan akupunktur. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077 .

    ReplyDelete
  16. Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete