LAWAT EFASHA E-BEAUTY DI FACEBOOK

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Thursday, January 3, 2013

TIPS SIHAT & CANTIK DGN AIR MASAK


Air   masak @ air putih @ air mineral??? Biasanya kita minum sekadar untuk penghilang rasa dahaga je. Jarang yang jadikan  air  yang takde rasa ni sebagai minuman kegemaran. Tapi, banyak kebaikan dan kelebihannya yang kita sedia maklum tahu atau kadang-kadang sengaja buat-buat tak taw..hehe...
no no no no! sekarang dah tak boleh macam tu.. jom kita tengok apa kebaikan-kebaikannya..



1. Menguruskan badan
yes! air masak atau air putih mampu untuk menguruskan dan melangsingkan badan. Kenapa??? sebab  air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. So disamping ambil produk pelangsingan badan macam lotion felinna inchloss, cheart dan sebagainya, harus juga ye untuk minum air dengan kadar yang banyak! 

2. Meningkatkan kesuburan
Haa jangan tak percaya, air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Jadi untuk me'maintain'kan  tahap kesuburan kita, rajin-rajinlah minum air masak ye!
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti yang cukup iaitu minimum 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Tiap-tiap pagi ke tandas untuk pembuangan air besar itu bagus ok....

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Uuuuissshhh, siapa pon pasti taknak terkena penyakit kanser. Sebab kanser ni sangat berisiko. Dengan pengambilan air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. 

5. Perawatan kecantikan
Kulit berkedut-kedut??? ohhhh tidakkkkk!
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Jadi untuk elakkannya, sila minum air putih/masak.



6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jom amalkan minum air putih/ masak/ mineral dengan banyak ye =)



No comments:

Post a Comment