LAWAT EFASHA E-BEAUTY DI FACEBOOK

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Friday, March 15, 2013

TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERTUDUNG




Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari


Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. 


*TIPS BERGUNA: : Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.


Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

*TIPS BERGUNA: Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan. :-)


Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.


Rehat Dulu

Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh! 


Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. 

Oh yes, jangan pakai syampu 2 in 1 yang ada conditioner sekali. sebabnya? Syampu untuk kulit kepala & conditioner untuk rambut, so tak berapa efektif kalau pakai 2 in 1 syampu.


Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula. 




-SELAMAT BERAMAL! -

No comments:

Post a Comment